//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Doraemon kill you!.

Status : Yeah! Dah habis PMR! Merdeka! Merdeka! Jangan lupa doakan saya n kawan-kawan saya :)


My Best Prenggg 4ever
Doraemon!





Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: YOUR NAME




 

 


Siapa sangka, cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu ‘sketsa perang’ di tepi jalan. Dari insiden itu mereka bagai dijodohkan untuk bersua lagi. Kerana terdesak dan kabur mata dengan gaji yang ditawarkan, Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata. Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh di hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest! Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia. Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu! Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

“Kenapalah isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam???” tanya Iskandar sendirian. Persoalan yang sangat merumitkan. Dia tersekat di antara rasa sayangnya pada Rudiana dan setiakawannya pada Khairulnizam. Dua-dua sama penting di dalam hidupnya. ~ Iskandar

Namun, semuanya sudah berlaku. Masa yang berlalu tidak biasa diulang semula. Kendati selautan pujukan dan penjelasan pun, belum tentu dapat mengutip buih-buih kepercayaan Rudiana untuknya. Dia faham perasaan gadis itu. Jika dia menjadi Rudiana, sudah pasti dia juga tidak bisa menerima dirinya lagi. Sakit perasaan bertepuk sebelah tangan sudah pedih, inikan pula sakit akibat didustai. Pasti sakitnya lebih pedih. Puing-puing cinta yang sudah punah di hati Rudiana mungkin sukar untuk diraih semula. Namun dia tetap bersyukur kerana Rudiana masih bisa menerimanya walaupun hanya sekadar teman biasa.

Dia cuba mengubah perasaannya pada Rudiana selepas ini. Dari insan dicintai kepada adiknya sendiri. Mungkin itu yang telah ditetapkan oleh-Nya. Dia dan Rudiana memang tidak berjodohan.

Hatinya terus tertanya-tanya. Adakah Rudiana menerima keputuasannya? Dalam pada itu hatinya turut bimbang jika Rudiana bersetuju dengan penceraian ini. Jika pencerian ini berlaku, dia akan kehilangan Rudiana untuk selamanya. Sanggupkah dia kehilangan Rudiana?

Apakah perlu dia meluahkan rasa cintanya pada Rudiana? Jika dia meluahkannya pada Rudiana, apakah jawapan yang akan dia terima adalah ‘ya saya juga cintakan awak Iskandar’? Jika jawapannya tidak menyebelahinya bagaimana? Sanggupkah dia menerima penolakan itu?

Kau kena jadi seorang lelaki Iskandar. Jadi gentleman. Sampai bila kau nak terus macam ni? Kalah sebelum berjuang. Berputus asa sebelum meluahkan? Mana kau tahu Rudiana tak cintakan kau? Sedangkan kau belum pernah luahkan kata ‘aku cinta padamu’ pada Rudiana.

“Esok ajelah, hari dah malam. Aku perlu kuat. Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul-betul cintakannya. Walaupun cinta aku ditolak, aku kecewa dengan bergaya. Dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi,” ~ Iskandar

Andai bisa kau aku miliki, akan aku laksankan kau bagai bulan. Akan ku nanti setiap hari. Akan kurindu setiap waktu. Walupun cahayamu terkadang kelam. Serimu tidak pernah berbalam. Andai kau laksana bulan, aku pula laksana mentari. Saling berkongsi cahaya, mengindahkan siang dan menyerikan malam. Kau laksana bulan di mataku. Walaupun wajahmu tidak seindah bidadari dari syurga, namu seri wajahnya terlalu indah di setiap mata halus yang memandangmu. Kau begitu indah di mataku. ~ Khairulnizam

Cinta, tidak pernah celik menilai manusia. Sesiapa pun boleh merasai cinta. Sesiapa pun layak jatuh cinta. Yang pandai menilai, hanyalah hati. Mata pun, boleh jadi buta kerana cinta. Kalau dah cinta, seburuk mana pun dia di mata insan lain, dia tetap cantik di mata kita. Itulah kuasa cinta. ~ Rudiana

Ya, memang dia tidak sanggup melihat ada cinta lain menghuni hati Iskandar. Sementara cintanya masih hidup di hati Iskandar, lebih baik dia meraih kembali cinta itu. Risiko merebut cinta dan meraih cinta adalah berbeza. Merebuat cinta bergantung pada peluang dan nasib. Meraih cinta bergantung pada hati. Dan dia yakin jika kasih Iskandar masih ada untuknya, lelaki itu pasti akan menjadi raja dalam hidupnya. ~ Amanina 

 nie ar novel yg ingn aq bli...
haha