//Simple is better

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Welcome to my . You've stuck in my unprivate diary. Be nice here or i call My Doraemon kill you!.

Status : Yeah! Dah habis PMR! Merdeka! Merdeka! Jangan lupa doakan saya n kawan-kawan saya :)


My Best Prenggg 4ever
Doraemon!





Credits

Basecode: Nadya.
Full edit: SitiSyuhadah
Re-Edit by: YOUR NAME

assalamualaikumm~
     pagi nie aku bangun pukul 06.30. mandi. solat subuh. lepas solat. buat kerja sekolah. ingat nak siapkan semalam. tapi tertidur pulak. hehe. hmm. seni yang paling susah sekali. kena buat wau. lepas tu kena warna. bab-bab warna yang lemah ni. lepas tu on fb. pergi at
 KELAB PEMINAT NOVEL.
       
dalam mencari-cari novel pe yang terbaru. aku baca satu novel baru dari penerbitan Karya Seni. tajuk novel tu Cinta Kontrak. hmm. macam best je. nie sinopsisnye.
       
  SINOPSIS CINTA KONTRAK
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
  





Cinta KOntrak

  hmmm. kena kumpul duit nie. aiii. banyak nye novel-novel best. sampai tak tahu nak pilih yang mana? kalau korang diberi pilihan. novel mana korang beli.
  1. novel andai itu takdirnya
  2. novel Cinta kontrak
  3. novel Bukan Cinta monyet
  4. novel kasih yang suci
  5. novel cinta..tiada akhirnya
  6. novel bisik-bisik gelora
  7. novel contengan jalanan
  8. novel contengan jalanan
  9. novel cantiknya si comot
  10.    novel ops! pintu hatiku   


someone help me! bagi cadangan at aku. novel mana yang patut aku beli dulu.